Welcome Back…

June 7th, 2008 by keflimark

salam sumer..

dah lama aku x sibukkan diri ngan blog..

bukan malas tapi terlupa pasal blog nie..

julai 2008 nie aku dah pun masuk semester 4 diploma in business studies

result for semester 3 ok la.. tapi sedey x dapt DL..aku just dapat 3.27 jerk..

member2 lain sumer nak berahsia ngan result.. xkira la yg ok ker yg ko ker.. xperlu la nak berahsia kan.. cam aku nie..

apapun selamt kembali dunia blog buat diriku

UiTM TERENGGANU

March 29th, 2007 by keflimark

AKU DAH ADA KAT UiTM TERENGGANU SKANG NIE…

BYE BYE POLY.. INSYALLAH KITA JUMPA LAGI LATER..

AKU KAT SINI AMIK KOS BUSINESS STUDIES.. LEBIH KURANG JERR NGAN KAT POLY..

SINI OKAY LERR.. BESH JUGAK.. SAMA CAM KU KAT POLY FIRST2 DULU… NAMPAK JERR CAM SENYAP TAPI SKANG NAH TEMBELANG DAH PECAH.. AHAKS.. BUBYE

IBUKU SEORANG PEMBOHONG!!!

December 2nd, 2006 by keflimark

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong. Sepanjang ingatan saya sekurang kurangya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekelian.

Cerita bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada

kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga.

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis kerana mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan saya, ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak lapar.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pencingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik beradik. Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “ Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih muih untuk menyara persekolahan kai adik beradik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata, “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata :

“Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus dengan cemerlang peperiksaan ini.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang sudah dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat cepat menolaknya dan berkata :

“ Minumlah nak, ibu tak haus!”.

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar seoang lelaki akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang memang kera hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “ Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki!”.

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di

kota

besar sering mengirimkan wang untuk memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan berkata : “ Jangan susah susah, ibu ada duit.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di

sana

dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cukup cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari hari tuanya ini, ibu habisakan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata : “ Tak payahlah nak, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Beberapa tahu berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ubu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda yang tercinta

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya dengan satu senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu talah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “ Jangan menangis nak, ibu tak sakit.”

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup mata untuk yang terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata : “ Ibu, saya sayangkan ibu.” Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya.

Saya sayangkan ibu………….

P/S : Syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Sayangilah ibu anda kerana beliaulah yang melahirkan kita dan dapat melihat kita di dunia ini. Hormat dan jangan sesekali meninggikan suara terhadap ibu kita.

Begitu juga dengan bapa. Jangan sesekali kita mengherdik dan mengeluarkan kata kata kesat pada bapa kita. Sesungguhnya di akhirat nanti, kunci pintu syurga berada di tangan bapa kita. Jadi sayangilah bapa kita juga.

Justeru, janganlah kita membuang ibu dan bapa kita sesudah kita besar nanti. Sesungguhnya mereka sudah banyak berjasa dalam kehidupan kita…

SAHABAT

November 12th, 2006 by keflimark

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik
dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan
selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan
berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya
diri.

Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam
duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi
sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,
namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang
baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda
zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku
sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti
seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh
kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini
sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh
daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang
menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati
hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak
satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

JIKA KU TAK BANGUN ESOK PAGI

November 4th, 2006 by keflimark

jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada Tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di

sana

nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

QUOTE OF THE DAY

November 4th, 2006 by keflimark

It seems to me that the best relationships, the ones that last, are frequently the ones rooted in friendship. You know, one day you look at the person and you see something more than the night before, like a switch has been flicked somewhere, and the person who was just a friend is suddenly the only person you can ever imagine yourself with."

Best Quote !!!

November 4th, 2006 by keflimark

What if you slept? And what if, in your sleep, you dreamed? And what if, in your dream, you went to heaven and there plucked an strange and beautiful flower? And what if, when you awoke, you had the flower in your hand? Ah, what then?

Samuel Taylor Coleridge 

PENCINTA WANITA

November 4th, 2006 by keflimark

Kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hirupku
kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

aku memang pencinta wanita
namunku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ingin saat ku akhiri semua
kucari yang dalam hidup
cintaku ternyata kumau hanyalah dia

aku memang pencinta wanita
namun aku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
kau hanya mencintai aku

pencinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia

ALL OR NOTHING?

June 26th, 2006 by keflimark

HELLO GUYZ…

DIHARAP KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI HAPPY DAN CERIA SELALU… SENYUM SOKMO!!!!!!!!!!